DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN ( DJBM )

Peningkatan harga makanan dan kekurangan bekalan di peringkat anatarabangsa telah menyebabkan krisis makanan yang diimport masih mampu menampung permintaan rakyat Malaysia.

Dalam keadaan dimana harga makanan dunia terus meningkat sejak awal tahun 2008, Kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memastikan bekalan makanan Negara sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Untuk tujuan tersebut, Kerajaan telah meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 bagi :

1. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara diri.
2. Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal serta menjamin pengeluaran bahan makanan tidak menurun.
3. Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Bagi memastikan matlamat DJBM tercapai, Kementerian Pertanian telah merangka tujuh (7) program/projek utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2008-2010 melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Bagi Tahun 2008, program/projek yang dirancangkan meliputi :-

1. Peningkatan pengeluaran beras
2. Pewujudan stokpenimbal beras
3. Program peningkatan pengeluaran dan produktiviti tanaman, perikanan dan ternakan
4. Pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha Pertanian
5. Mengukuhkan FAMA bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian
6. Perlaksanaan Program Bumi Hijau
7. Pembangunan tanah terbiar dan kolam terbiar untuk meningkatkan pengeluaran

Jabatan Pertanian Negeri di beri tanggungjawab melaksanakan program / projek iaitu :-

1. Projek perataan sawah – jelapang / luar jelapang
2. Projek taman kekal pengeluaran makanan
3. Projek pembangunan tanah terbiar
4. Program bumi hijau
5. Pemberian insentif bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan

Disamping bertanggungjawab melaksakan kelima-lima program/projek di atas, Jabatan Pertanian juga bertanggungjawab sebagai Ketua bagi pelaksanaan keseluruhan projek peningkatan pengeluaran padi/beras.

Dasar Jaminan Makanan Negara ini diharap dapat membantu dan meringankan beban peningkatan kos pengeluaran serta menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani bagi petani Negara yang terlibat dalam pengeluaran tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan.

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)

Objektif DPN3

• Mempertingkatkan produktiviti dan daya saingan
• Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain
• Menerokai bidang-bidang baru, memulihara dan mengguna sumber asli secara mampan

PENDEKATAN-PENDEKATAN STRATEGI BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN

• Pendekatan Berasaskan Produk (Berasaskan permintaan pasaran dan citarasa)

  1. Memenuhi keperluan dan permintaan pasaran termasuk pasaran khusus (niche markets)
  2. Meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil dengan mennyepadukan aktiviti huluan dan hiliran dari aspek pengeluaran, pemprosesan 
      dan pemasaran.

• Pendekatan Perhutani (Memaksimumkan penggunaan tanah)

  1. Menggalakkan kegiatan pertanian dan perhutanan yang serasi serta saling melengkapkan (Tanaman singkat masa ditanam bersama sepsis
      balak dalam tanah yang sama)
  2. Mendapatkan pulangan awal kepada pelaburan (Tanaman singkat masa/herba mendapat pulangan cepat berbanding tanaman hutan)
  3. Memaksimumkan penggunaan tanah (Memajukan kawasan hutan tanpa menjejaskannya)

TERAS DASAR DAN STRATEGI BARU

Kepentingan Nasional

• Sekeruti Makanan
• Inflasi
• Produktiviti
• Pelaburan sektor swasta dalam sektor pertanian
• Meningkatkan eksport
• Mengurangkan import yang tidak produktif
• Memulihara dan mengguna sumber-sumber asli secara mampan

DASAR - DASAR UTAMA AGENSI

RANCANGAN MALAYSIA KE-9

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. Ianya dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Selaras dengan penekanan baru untuk mempergiatkan semula sektor pertanian sebagai Jentera pertumbuhan ekonomi ketiga Negara, Kerajaan meneydiakan sejumlah peruntukkan yang besar bagi melaksanakan pelbagai program dan projek pertanian.

Teras Dasar Program Pembangunan Pertanian dibawah RMK-9 telah digubal demi untuk mentranformasikan sektor pertanian Negara ke arah pertanian moden yang moden, berdaya maju dan berdaya saing. Teras Dasar itu adalah seperti berikut :-

1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.
2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk.
3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global.
4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan.
5. Menambah baik system penyampaian perkhidmatan.

Sepanjang tempoh lima tahun bagi perlaksanaan dasar ini, tumpuan akan diberikan pada pembangunan Pertanian Baru. Harapan kerajaan untuk memperbanyakkan penglibatan golongan petani, penternak, nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs dalam sektor pertanian akan tercapai.