Program Pembangunan Industri

Tujuan

-Membangunkan enterprise dan usahawan asas tani ke arah pembangunan industri asas tani yang mampan.
-Meningkatkan pendapatan peserta melalui aktiviti nilai tambah terutama mereka yang berpendapatan kurang RM 1000/bulan.
-Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tani dalam bidang asas tani dan pengurusan bisnes.

Komponen Program

1. Kumpulan Pengembangan Wanita ( KPW )
Ditubuhkan di peringkat kampung dengan struktur organisasi teratur:

- Meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar

- Memberi peluang kepada suri rumah menceburi bidang perusahaan pemprosesan makanan secara berkumpulan.


2. Industri Kecil
- Sebahagian usahawan yang lahir dari KPW yang berupaya menjalankan perusahaan secara individu
- Terdapat juga usahawan bukan dari ahli KPW
- Pengusaha individu yang menjalankan perusahaan secara kecilan kepada komersil
- Produk yang dikeluarkan juga berasaskan pertanian seperti hasilan kacang soya, kordial, hasilan cili.

3. Pusat Pembangunaan Keluarga Tani
- Terdiri dari makmal pemprosesan makanan dan bilik kuliah
- Diwujudkan untuk membimbing dan membantu pengusaha supaya lebih maju dan berdikari untuk mempertingkatkan perusahaan ke tahap  yang lebih komersil.
- Berperanan dalam memberi khidmat nasihat berupa kursus dan latihan
- Kursus yang dianjurkan meliputi kursus pemprosesan makanan, pembungkusan, kawalan mutu, perakaunan dsb.

Aktiviti yang dijalankan

1. Pembangunan produk dan kawalan mutu
2. Promosi dan pemasaran
3. Khidmat nasihat
4. Kursus dan latihan keapda pengusaha
5. Lawatan belajar kepada pengusaha

Projek-Projek Berimpak Tinggi

Taman Kekal Pengeluaran Tanaman (TKPM)

Objektif

-Bagi mengujudkan satu kawasan pengeluaran makanan bagi menampung keperluan tempatan dan export.
-Bagi mengadakan perkongsian pintar diantara Kerajaan / Swasta dengan Petani di dalam Pengeluaran Pemasaran dan Pemprosesan Hasilan Pertanian.

1. TKPM Ara Kuda

Lokasi Projek  : Ara Kuda, Seb. Perai Utara
Tahun dibangunkan: 2006
Luas Fizika  : 80 ha
Peserta sehingga kini  : 26 orang 

Pencapaian MyGAP :8 peserta

Pencapaian SOM  : 3 Peserta

Tanaman yang diusahakan  : Pisang, nenas,tembikai, jagung dan sayuran



2. TKPM Juru (Negeri)

Lokasi Projek  : Lot 1441, Mk 12, Juru, Seb. Perai Tengah
Tahun dibangunkan : 2007
Luas Fizikal  : 114 ha
Peserta sehingga kini : -
Tanaman yang diusahakan : Nanas, cendawan dan fertigasi

Projek-Projek Kelompok

Projek kelompok merupakan pendekatan pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Tujuan pembangunan projek ini ialah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran ladang dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

Sehingga kini terdapat 228 projek kelompok telah beroperasi dengan keluasan bertanam 17,823.70 ha (CHE ). Bilangan petani yang terlibat pula adalah seramai 7733 orang.

Terdapat sebanyak 15 kategori komoditi yang diusahakan secara berkelompok termasuklah buah, bunga, cendawan, kelapa sawit, kelapa, koko, komoditi lain, padi, rempah, sayur, tebu, tembakau dan tanaman singkat masa.

Ciri-ciri Projek Kelompok
-Meliputi kawasan tertentu
-Dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 keluarga petani.
-Mempunyai satu jawatankuasa
-Bilangan komoditi yang terlibat boleh melebihi satu
-Kelompok merupakan satu unit pengeluaran.

Daerah
Bil Kelompok
Luas Fizikal ( ha )
Bil Ahli Kelompok
Barat Daya
35
898.54
671
Seb.Perai Selatan
51
2,111.50
1,852
Seb. Perai Tengah
40
1,593.06
1,187
Seb. Perai Utara
94
6,070.25
3,983
Timur Laut
8
67.09
40
Jumlah
228
10,740.44
7,733