PROGRAM PENANAMAN POKOK DURIAN DI SERI MUTIARA

Lawatan di Sekitar Seri Mutiara untuk penambahbaikan taman Dan landskap serta Penanaman Pokok Durian oleh TYT Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak Dan YBhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor di laman buah buahan. Turut hadir TSUK, Pengarah Pertanian bersama Ketua Bahagian/ Seksyen Pembangunan Industri Tanaman Dan Pegawai Pertanian Daerah BD.

KALENDAR KURSUS JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

Kalendar Kursus Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang tahun 2022. Borang permohonan akan diiklankan di Facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang 2 minggu sebelum tarikh kursus.

 

template KALENDAR KURSUS 2022  jpnpp

TABUNG USAHAWAN TANI PULAU PINANG

Golongan Usahawan Tani yang ingin mendapatkan bantuan pembiayaan sehingga maksimum RM 6,000.00 ini bolehlah berhubung dengan pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang untuk maklumat lebih lanjut. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.

 

poster tut

AWAS Racun Semut Bahaya.

AWAS Racun Semut Bahaya.
.
.
.
 
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.
.
Mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974, sesiapa yang memiliki, menggunakan atau menjual racun- racun yang tidak berdaftar boleh didakwa di mahkamah.
.
Elakkan untuk membeli, menggunakan atau menjual racun seperti ini. Hal ini kerana racun perosak yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak adalah sangat merbahaya kepada kesihatan manusia serta ekosistem.
.
Antara kesan kepada manusia ialah terdedah kepada risiko kanser, masalah saraf bahkan sesetengah kes membawa kepada maut. Pendedahan kepada ekosistem pula mampu menjejaskan kelestarian alam yang terdiri daripada organisma dan mikrob yang bermanfaat kepada kesuburan tanah.
.
Sumber : Public Health Malaysia
 
racun semut bahaya

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI SAH

Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Benih Padi Sah bertujuan untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan oleh pengeluar bagi memastikan pesawah mendapat benih yang berkualiti sekaligus dapat meningkatkan Kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

Subcategories