Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) bagi Kerjasama Penyelidikan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) untuk Aktiviti Pertanian di Kawasan Tanah Tinggi telah diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Auditorium Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pihak Jabatan Pertanian diwakili oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Ybhg. Dato’ Zahimi bin Hassan manakala pihak Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) diwakili oleh Ybhg. Prof Dato’ Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Program Jualan Keluarga Malaysia

Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Nibong Tebal yang diadakan di Tapak Pasar Malam Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan.Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang turut mengambil bahagian dengan membuat jualan sayur-sayuran dan produk Industri Asas Tani oleh usahawan bimbingan jabatan.

Tanaman Betik Mampu Memberi Pulangan Modal Seawal Setahun Enam Bulan

6 Januari 2021, Rabu - YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama pengurus syarikat Proven Harvest Sdn. Bhd, En. Lai Kian Wei atas kejayaan syarikat tersebut dalam tanaman betik di Kampung Kuak, Lenggong, Perak.
Syarikat tersebut telah mengusahakan tanaman betik sejak beberapa tahun yg lepas dan sehingga kini atas bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak En. Lai telah berjaya mempunyai kawasan bertanam seluas 12 ekar dengan 8000 pokok betik dari varieti sekaki.
Tanaman betik mampu berbuah seawal 6 bulan selepas ditanam. Dengan jarak tanaman 2.7 x 1.8 meter, kawasan seluas satu hektar boleh ditanam sehingga 2000 pokok. Anggaran hasil betik yang pernah dicatatkan sehingga 8mt/hektar.
YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan & Regulatori),YBhg Dato’ Zahimi Hassan,Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti Othman, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Perak, En. Shahril Sabri serta pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
 
134708993 3739970646061029 8190845974610681459 n  

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN DAN SIMULASI DRON DALAM TANAMAN PADI

17 MAC 2021 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengendalian dan Simulasi Dron Dalam Tanaman Padi yang dirasmikan Oleh YB. DR. HAJAH NORLELA BT ARIFFIN, EXCO AGROTEKNOLOGI & KESELAMATAN MAKANAN, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN KESIHATAN di Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad Pada 17 Mac 2021. Semoga dengan pengaplikasian teknologi ini di kawasan sawah padi dapat meningkatkan Produktiviti hasil Padi di negeri Pulau Pinang.
 
3
 
                                                                                                    

INFO RACUN PEROSAK

Salah satu isu utama bagi mereka yang terlibat dalam perladangan dan pertanian adalah penggunaan racun perosak. Dalam tajuk berita baru-baru ini, telah berlaku penularan serangga bena perang yang telah memusnahkan sejumlah 211 hektar tanaman padi. Kebimbangan yang timbul ini telah mencetuskan perbincangan kemungkinan penggunaan racun perosak secara berlebihan yang bukan sekadar membunuh serangga perosak berbahaya, tetapi juga haiwan lain yang membantu memerangi serangga perosak tersebut. Oleh itu, perkara yang akan dibincangkan di sini adalah berkaitan peraturan dan pengurusan makhluk perosak dalam industri pertanian Malaysia.
 
Di Malaysia, produk racun perosak dinilai dari segi:
  • keberkesanan biologi;
  • kesesuaian untuk keperluan pasaran tempatan;
  • cadangan penggunaan;
  • had risiko terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar; dan
  • kesahan penggunaan, yang dibuktikan dengan pendaftaran atau penolakan pendaftaran.
     
Seperti yang sewajarnya, Lembaga Racun Perosak perlu mendaftarkan racun perosak tertentu bagi membolehkan pengedaran secara sah di Malaysia. Oleh itu, pelbagai penyelidikan dan penilaian produk tersebut telah dibuat sebelum racun perosak tersebut sedia untuk dijual di Malaysia.
 
Antara cabaran utama yang berkaitan dengan kesihatan tumbuhan dan racun perosak adalah gangguan endokrin, kerosakan pembiakan dan perkembangan, neurotoksik, peningkatan kadar morbid dan sebagainya. Di Malaysia, salah satu daripada kebimbangan adalah disebabkan oleh kepelbagaian pendedahan serta kepelbagaian ciri racun perosak, yang menyebabkan kesukaran untuk mendiagnosis penyakit tertentu yang diakibatkan oleh kesan racun perosak. Penyelidikan berterusan perlu dilakukan keatas hubung kait antara penggunaan racun perosak dan kesihatan awam di Malaysia agar keputusan yang memuaskan dapat diperolehi.
 
Buat masa ini, Kod Etika Antarabangsa bagi Pengedaran dan Penggunaan Racun Perosak adalah satu kaedah memastikan peraturan yang sesuai ke atas racun perosak di Malaysia, dan di peringkat global, bagi mengurangkan risiko kerosakan terhadap tanaman dan juga manusia. Seperti yang dinyatakan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), kod ini menjurus kepada "pengurusan yang kukuh ke atas racun perosak dengan tumpuan terhadap pengurangan risiko, perlindungan kesihatan manusia dan alam sekitar, dan sokongan bagi pembangunan pertanian yang mampan secara penggunaan berkesan racun perosak dan penggunaan strategi IPM".

Subcategories