Kunjung Hormat serta Pembentangan Cadangan Pembinaan Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan

Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang Tuan Mohd Muhaimin Bin Ibrahim, Pengarah JKR Ir Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid bersama Pegawai pegawai Kanan Jabatan Pertanian Negeri mengadakan Kunjung Hormat serta Pembentangan Cadangan Pembinaan Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan yang baharu Dan Pembentangan Halatuju sektor Tanaman Makanan & Industri Asas Tani (IAT) Negeri Pulau Pinang kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak di Pejabat Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
                                                                     

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) bagi Kerjasama Penyelidikan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) untuk Aktiviti Pertanian di Kawasan Tanah Tinggi telah diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Auditorium Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pihak Jabatan Pertanian diwakili oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Ybhg. Dato’ Zahimi bin Hassan manakala pihak Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) diwakili oleh Ybhg. Prof Dato’ Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN DAN SIMULASI DRON DALAM TANAMAN PADI

17 MAC 2021 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengendalian dan Simulasi Dron Dalam Tanaman Padi yang dirasmikan Oleh YB. DR. HAJAH NORLELA BT ARIFFIN, EXCO AGROTEKNOLOGI & KESELAMATAN MAKANAN, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN KESIHATAN di Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad Pada 17 Mac 2021. Semoga dengan pengaplikasian teknologi ini di kawasan sawah padi dapat meningkatkan Produktiviti hasil Padi di negeri Pulau Pinang.
 
3
 
                                                                                                    

Program Jualan Keluarga Malaysia

Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Nibong Tebal yang diadakan di Tapak Pasar Malam Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan.Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang turut mengambil bahagian dengan membuat jualan sayur-sayuran dan produk Industri Asas Tani oleh usahawan bimbingan jabatan.

Tanaman Betik Mampu Memberi Pulangan Modal Seawal Setahun Enam Bulan

6 Januari 2021, Rabu - YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama pengurus syarikat Proven Harvest Sdn. Bhd, En. Lai Kian Wei atas kejayaan syarikat tersebut dalam tanaman betik di Kampung Kuak, Lenggong, Perak.
Syarikat tersebut telah mengusahakan tanaman betik sejak beberapa tahun yg lepas dan sehingga kini atas bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak En. Lai telah berjaya mempunyai kawasan bertanam seluas 12 ekar dengan 8000 pokok betik dari varieti sekaki.
Tanaman betik mampu berbuah seawal 6 bulan selepas ditanam. Dengan jarak tanaman 2.7 x 1.8 meter, kawasan seluas satu hektar boleh ditanam sehingga 2000 pokok. Anggaran hasil betik yang pernah dicatatkan sehingga 8mt/hektar.
YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan & Regulatori),YBhg Dato’ Zahimi Hassan,Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Norsiyenti Othman, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Perak, En. Shahril Sabri serta pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
 
134708993 3739970646061029 8190845974610681459 n  

Subcategories