Khidmat Nasihat

Doktor Pokok Anda

Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?

  • Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
  • Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
  • Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
  • Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?

  1. Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
  2. Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
  3. Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
  4. Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
  5. Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?

JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG
Jalan Kulim, Cherok Tok Kun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tel: 04-537 2144, 04-537 2145 Fax: 04-537 2150
Emel: jpnpp@penang.gov.my