Belutas1 Nama Tempatan: Beluntas

 Nama Saintifik: Pluchea indica

Khasiat:

  • Bisul: Pupukkan daun di kawasan bisul.
  • Merawat luka: Daun ditumbuk bersama sedikit kapur dan dibalut di kawasan luka.
  • Demam: Teh daun diminum untuk menggalakkan perpeluhan.
  • Buang angin: Dimakan sebagai ulam.
  • Kudis buta, cacar air, ulser: Daun ditumbuk bersama beras dan disapu di tempat yang bermasalah.
  • Awet muda: Pucuk dimakan sebagai ulam.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 101.

Belutas2