Objektif dan Fungsi

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
  • Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
  • Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
  • Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
  • Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
  • Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara dari terancam pupus.

FUNGSI

Jabatan Pertanian Negeri

  • Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
  • Membangunkan Sumber Maklumat Pertanian Negara untuk kegunaan perancangan dan perlaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Institut/Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Mengawal selia mutu bahan/benih tanaman negara.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah berkualiti dan penggunaannya tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman janaplasma tidak terancam pupus.
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.