Lidah jin Nama Tempatan: Lidah jin

 Nama Saintifik: Sansevieria trifasciata

Khasiat:

  • Meredakan sakit telinga: Daun dipanaskan dan jus yang keluar dititik ke dalam telinga.
  • Melegakan bengkak, bisul, lebam dan terseliuh: Batang ditumbuk dan diletakkan di tempat yang bermasalah.
  • Merawat sakit gigi: Jus daun yang suam dititik di gigi yang berlubang.
  • Melebatkan rambut: Jus daun disapu di kulit kepala.
  • Meredakan gatal-gatal: Daun dijadikan ramuan panas untuk rawatan gatal.

RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 66.

Lidah jin