ETIKA KERJA
- Sentiasa menjaga imej dan nama baik perkhidmatan awam.
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh jujur, amanah dan saksama.
- Sentiasa menolak segala bentuk rasuah dan memberi layanan sama rata kepada semua pelanggan.
- Sentiasa mengutamakan kepentingan tugas dari kepentingan diri sendiri.
- Sentiasa menepati waktu dalam menjalankan tugas.
- Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra dan segera kepada pelanggan.
- Jangan sekali-kali menerima wang/hadiah/keraian sebagai upah menolong mempercepatkan proses kelulusan.
- Sentiasa memupuk semangat sebagai satu pasukan dan ingin membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan sokongan.
- Sentiasa mempercepatkan dan tidak melengahkan urusan bayaran kepada semua pihak yang berhak mendapat bayaran.
- Sentiasa menunjukkan tahap profesionalisme dan kemahiran yang tinggi terutama kepada pelanggan Jabatan.
- Sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas.
- Tidak menipu Jabatan dan pelanggan.
- Sentiasa berjimat dalam pengurusan kewangan.
- Sentiasa berbudi pekerti mulia dan mengelak dari berpakat atau memilih kasih dalam semua urusan perolehan.
- Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti Jabatan.