AWAS Racun Semut Bahaya.

AWAS Racun Semut Bahaya.
.
.
.
 
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.
.
Mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974, sesiapa yang memiliki, menggunakan atau menjual racun- racun yang tidak berdaftar boleh didakwa di mahkamah.
.
Elakkan untuk membeli, menggunakan atau menjual racun seperti ini. Hal ini kerana racun perosak yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak adalah sangat merbahaya kepada kesihatan manusia serta ekosistem.
.
Antara kesan kepada manusia ialah terdedah kepada risiko kanser, masalah saraf bahkan sesetengah kes membawa kepada maut. Pendedahan kepada ekosistem pula mampu menjejaskan kelestarian alam yang terdiri daripada organisma dan mikrob yang bermanfaat kepada kesuburan tanah.
.
Sumber : Public Health Malaysia
 
racun semut bahaya