
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA
Setelah lebih 100 tahun menerajui bidang pertanian, pihak Jabatan ini masih lagi meneruskan usaha-usaha meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan berusaha mengeluarkan teknologi pertanian terkini kepada para tani.
Dengan adanya kemudahan Laman Web Jabatan Pertanian ini, ia dapat membantu para petani mengetahui maklumat perkembangan teknologi pertanian terkini dengan lebih cepat dan mudah . Kemudahan tersebut dapat diakses oleh petani atau pelanggan di rumah mereka sendiri atau mana-mana kios yang menyediakan perkhidmatan internet. Secara keseluruhannya laman web ini dapat membantu memperluaskan proses penyebaran maklumat.
Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang melayari laman web ini dan semoga sedikit sebanyak laman ini dapat membantu para petani serta para pelayar yang memerlukan maklumat pertanian di negeri Pulau Pinang amnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri atau Daerah yang berdekatan.
Sekian, terima kasih.
MOHD MUHAIMIN BIN IBRAHIM
PENGARAH PERTANIAN NEGERI
JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG