Nama Tempatan: Hempedu Bumi
Nama Saintifik: Andrographis paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees
KETERANGAN AM
Nama Biasa : Hempedu Bumi
Nama Saintifik : Andrographis paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan :
Digunakan untuk mengubati penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis di mana air rebusan daun diminum. Selain itu, untuk kegatalan kulit atau terkena gigitan serangga, daun ditumbuk dan disapukan pada tempat berkenaan.
TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.
Daun :
Daun berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun berbentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Batang :
Batang bersegi empat dan mempunyai banyak dahan.
Bunga :
Bunga terdapat di 'panicle' penghujung dan axillary yang berukuran 2-5 cm panjang. Bunga adalah 'bisexual', panjangnya 1.2 cm, tidak berbau dan tidak mempunyai bentuk tertentu. Terdapat 5 sepal separa bercantum yang berwarna hijau yang diselaputi dengan rerambut. Kelopak bunga berwarna putih berbintik ungu, lebih urang 1.1 cm panjang dan juga di selaputi dengan rerambut halus. Terdapat 2 stamen yang bersatu di 'anthers'. Filamen adalah leper dan berambut. Terdapat hanya satu style berbentuk filliform dengan stigma berbentuk silinder.
BAHAN INDUSTRI KIMIA
1. Andrographiside
2. Andrographolide
3. Neoandrographolide
PENUAIAN HASIL
Kematangan Hasil :
2 bulan
Cara Mengutip Hasil :
Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.