KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Bendi
Nama Saintifik : Abelmoschus esculentus , Hibiscus esculentus (L.)

Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g
Air  89.8%
Protin 1.7 g
Karbohidrat 5.9 g
Lemak  0.1 g
Serabut  1.0 g
Kalsium 77.0 mg
Zat Besi 1.3 mg
Karotena beta 200 ug
Thiamine 0.1 mg
Riboflavin 0.2 mg
Nocotinamide  0.7 mg
Asid askorbik 19.3 mg
Fosforus 32.0 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Tegak, berwarna hijau dan mempunyai banyak cabang. 1.0 - 2.0 m tinggi.

Daun :
Berwarna hijau, berbentuk palmate dan mempunyai susunan alternate . Tangkai daun berwarna hijau atau kemerahan.

Bunga :
Besar, kelopak berwarna kuning dengan warna merah tua di tengah-tengah.

Buah :
Jenis yang popular berwarna hijau, berbentuk bersegi-segi dan berbulu .

Kultivar :

Ciri-ciri BE 1 BE 2
Tinggi pokok (cm) 150 - 180 155
Panjang buah (cm) 12.5 - 17.0 12 - 18
Bilangan segi 5 7
Warna buah Hijau muda Hijau tua
Hasil (tan/ha) 20 - 24 15 - 2 0

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
24 - 32°C .

Taburan hujan :
300 mm/musim

Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .

pH tanah :
5.5 - 6.5

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih    : 3 kg
Rawatan biji benih      : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g biji benih.
Jarak tanaman           : 90 cm di antara pokok dalam 1 baris/batas 1.5 m di antara baris
Kepadatan tanaman   : 5,487 pokok
Menyulam                 : 1 minggu selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM 8,000 - RM 10,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa 
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10 
1.0
-1 *
2,6,10&14 
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam 
NPK12:12:17:2
30 
2.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
2.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 1.2 2,6&12 Keliling pokok
4. Mineral Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5 
1.0
-1 *
2,6,10&14 
Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Amalan Kultur Kawalan Kimia
Bintik Daun
(Cercospora)
Kelihatan tompok hitam pada daun .
-
i. benomil
ii. mancozeb
Penggorek buah
(Earias fabia)
Buah berlubang. Kutip dan musnah buah yang diserang i. diazon
ii. acephate
Kepinding buah
(Dysdercus cingulatus)
Buah menjadi bantut dan terdapat lubang-lubang di permukaan buah.
-
i. carbaryl
Ulat lipat daun
(Sylepta derogata)
Larva menggulung dan memakan daun dari dalam. Kutip dan musnah telor, larva serangga dan daun yang bergulung i. diazinon
ii. carbaryl

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
50 - 55 hari selepas menanam.

Hasil (kg/ha) :
20,000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan

Ciri buah masak :
Buahnya rapuh dan berwarna hijau muda

Cara memungut  :
Potong buah 2 cm pada tangkai buah .

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan

Penyimpanan :
5 - 10°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 - 1.5 minggu

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 4,947 (Tenaga Keluarga)
RM 7,947 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/ha RM 16,000 (@ RM0.80/kg)
Pendapatan Bersih/ha RM 11,053 (Tenaga Keluarga)
RM 8,053 (Tenaga Upah