Nama Tempatan : Jagung Manis
Nama Saintifik : Zea mays
KETERANGAN AM
Local Name : Jagung Manis
Nama Saintifik : Zea mays
Komposisi Nutrien :
Kandungan | Amaun/100g |
Tenaga | 355 Kcal. |
Protin | 9.2gm |
Lemak | 4.6gm |
Karbohidrat | 69.3gm |
Gentian | 2.0gm |
Abu | 1.4gm |
Kalsium | 45.0mg |
Fosforus | 224.0mg |
Kalium | 75.0mg |
Besi | 2.9mg |
Natrium | 11.0mg |
Karotin | 256 ug |
Retino Equivalent | 43 ug |
Vitamin B1 | 0.22mg |
Vitamin B2 | 0.12mg |
Niacin | 1.7mg |
Vitamin C | 8.8mg |
KETERANGAN BOTANI
Batang :
Lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m dan tidak mempunyai cabang.
Daun :
Bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang.
Bunga :
Monosius. Panikel jantan padat dan banyak cabang mempunyai spikelet jantan. Setiap spikelet mempunyai 2 floret jantan. Spikelet betina mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol.
Buah:
Lebar, obovat dan bentuk wedge .
Akar :
Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok.
JENIS KLON DISYORKAN
Klon
|
Thai Supersweet
|
Manis Madu
|
Improved Mas Madu
|
Berbunga (HLT) | 51 hari | 55 hari | 43 - 48 hari |
Panjang tongkol | 15 cm | 15 cm | Oren kemerahan16 cm |
Warna biji | Kuning jingga | Kuning keputihan | Kuning Keemasan |
Tinggi pokok | 200 cm | 200 cm | 165 - 215 cm |
Hasil/ha | 30,000 tongkol | 30,000 tongkol | 30,000 tongkol |
Kerentanan Penyaki | Rentan hawa daun Heliminthosporium |
Rentan hawa daun Heliminthosporium |
Sederhana rentan hawa daun Heliminthosporium |
**HLT : Hari lepas tanam
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
30°C hingga 35°C .
Taburan hujan :
500 - 700 mm/tahun.
Jenis tanah :
Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung.
pH tanah :
5.0 - 6.5
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak piring sedalam 22cm dan dibajak putar sekali. Tanah gambut perlu dikapur dengan kadar 1 - 2 t/ha/musim.
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman  : Biji benih
Keperluan biji benih/ha : 10kg/ha
Jarak tanaman            : 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris
Teknik tanaman         : 1 - 2 biji benih ditanam sedalam 3 - 4 cm.
Pengurusan Air :
Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis. Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 - RM8,000/ha.
Kawalan Rumpai :
Campurkan 4.6 liter alachlor (Lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun pracambah bagi kawasan 1 ha. Merumput secara manual juga dibuat dari hari ke sehari.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Baja | Masa Membaja | Kadar |
Bahan organik | Sehari sebelum menanam | 5 mt/ha |
NPK 12:12:17:2+TE | Sehari sebelum menanam | 500kg/ha |
Urea | 20 hari sebelum menanam | 130kg/ha |
Urea | 40 hari sebelum menanam | 130kg/ha |
PENGURUSAN PEROSAK
Penyakit :
Perosak | Simptom | Kawalan |
Serangga pengorek batang (Ostrinia salentalis) |
Ibu perosak bertelur di atas daun dan larva yang keluar memakan daun dan ke batang yang menyebabkan terowong. Perosak meninggalkan kesan najis atau frass | Pemerthrin |
Ulat daun (Spodoptera litura) |
Larva memakan daun, pucuk pokok dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. | Cabaryl |
Pengorek buah (Helicoverpa armigera) |
Larva mengorek tongkol dan merosakkan biji jagung. | Phenthoate |
Karat daun (Puccinia polysora) |
Bintik lonjong berwarna perang di urat daun | Benomyl |
Kulapok Downy (Sclerophthora rayssiae) |
Jalur kekuningan pada daun | Metalaxyl |
Hawar upeh/daun (Rhizoctonia solani) |
Bintik kelabu dengan garis perang | Musnahkan tanaman yang diserang dan amalkan tanaman bergilir |
Reput batang (Erwinia carotovora) |
Batang reput dan berbau busuk | Perbaiki saliran dan amalkan tanaman bergilir |
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
68 - 72 hari selepas menanam .
Teknik kutipan hasil :
Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja.
Pengendalian pascatuai :
Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu .
EKONOMI PENGELUARAN
Hasil/ha | 30,000 tongkol |
Harga/kg | RM0.15/tongkol |
Kos Pengeluaran/ha | RM3,172.00 |
Pendapatan Kasar/ha | RM4,500.00 |
Pendapatan Bersih/ha | RM1,328.00 |