MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Majlis Perasmian Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah Dan Hari Bertemu Pelanggan KPKM Inc yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abd Razak bersama Exco Agroteknologi Dan Pembangunan Koperasi YB Fahmi Zainol diiringi dif -dif kehormat yang lain. TYT Tun telah menanam Pokok Sebagai simbolik Perasmian Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah yang Baharu. Terima kasih kepada yang melapangkan Masa hadir memeriahkan majlis.
 

Program Jualan Keluarga Malaysia

Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Nibong Tebal yang diadakan di Tapak Pasar Malam Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan.Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang turut mengambil bahagian dengan membuat jualan sayur-sayuran dan produk Industri Asas Tani oleh usahawan bimbingan jabatan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) bagi Kerjasama Penyelidikan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) untuk Aktiviti Pertanian di Kawasan Tanah Tinggi telah diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Auditorium Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pihak Jabatan Pertanian diwakili oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Ybhg. Dato’ Zahimi bin Hassan manakala pihak Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) diwakili oleh Ybhg. Prof Dato’ Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN DAN SIMULASI DRON DALAM TANAMAN PADI

17 MAC 2021 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengendalian dan Simulasi Dron Dalam Tanaman Padi yang dirasmikan Oleh YB. DR. HAJAH NORLELA BT ARIFFIN, EXCO AGROTEKNOLOGI & KESELAMATAN MAKANAN, PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN KESIHATAN di Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad Pada 17 Mac 2021. Semoga dengan pengaplikasian teknologi ini di kawasan sawah padi dapat meningkatkan Produktiviti hasil Padi di negeri Pulau Pinang.
 
3
 
                                                                                                    

Subcategories