Diagnostik Tanaman

DIAGNOSTIK TANAMAN

Jabatan Pertanian menyediakan perkhidmatan kepakaran agen-agen pengembangan dalam mengenalpasti dan mendiagnostik tanaman di ladang.

Pokok yang subur dapat memastikan pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti. Bagi seorang petani, pokok yang subur adalah pokok yang tumbuh normal dan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti dalam tempoh dijangkakan. Bagi menentukan tahap kesuburan, ia boleh ditentukan dengan menilai prestasi pertumbuhan tanaman di ladang dan membandingkannya dengan rekod prestasi optimum tanaman berdasarkan pada petunjuk-petunjuk tertentu.

Selain daripada membuat perbandingan berasaskan pada petunjuk-petunjuk pertumbuhan, tahap kesuburan boleh juga ditentukan dengan memastikan sama ada pokok menunjukkan tanda yang memudaratkan atau tidak. Tanda-tanda ini atau simptom yang memudaratkan ini dapat dilihat pada daun, batang, bunga, buah atau akar. Perlu diingat bahawa tanda atau simptom adalah manifestasi pada masalah yang dialami oleh tanaman dan ini mungkin disebabkan sama ada oleh serangga, penyakit, kekurangan nutrien atau faktor alam sekitar yang tidak sesuai atau kombinasi elemen-elemen ini. Untuk melakukannya, ia memerlukan satu proses pencirian tanda dan pengenalpastian punca/penyebab.

Diagnostik tanaman adalah proses mengenalpasti punca atau penyebab kepada sesuatu masalah yang berlaku kepada tanaman. Tujuan Diagnostik adalah untuk mengenalpasti punca utama masalah dan memberikan syor pengurusan masalah tanaman.

 

Proses mendiagnos masalah tanaman melibatkan 2 langkah utama iaitu menilai prestasi pertumbuhan tanaman berdasarkan petunjuk-petunjuk pertumbuhan dan mengenal pasti punca masalah berdasarkan simptom.

  1. Penilaian Prestasi Pertumbuhan adalah untuk menentukan sama ada pokok buah-buahan mempunyai prestasi pertumbuhan yang optimum dengan menggunakan beberapa petunujuk seperti umur pokok, ketinggian pokok, ukur lilit batang utama, saiz kanopi, tahun mengeluarkan hasil dan jumlah hasil.
  2. Mengenalpasti Masalah dan Punca Masalah iaitu keadaan keseluruhan ladang dan keadaan fizikal pokok.

Maklumat Perangkaan Tanaman Mengikut Tahun

Keluasan Tanaman (Ha) Mengikut Jenis Tanaman dan Daerah Bagi Negeri Pulau Pinang

   
   
   
   
   
   
   
   
1365507713 bullet-purple  Maklumat Perangkaan Tanaman 2010
1365507713 bullet-purple  Maklumat Perangkaan Tanaman 2011
1365507713 bullet-purple Maklumat Perangkaan Tanaman 2012
1365507713 bullet-purple Maklumat Perangkaan Tanaman 2016
1365507713 bullet-purple Maklumat Perangkaan Tanaman 2017
1365507713 bullet-purple Maklumat Perangkaan Tanaman 2018

Penafian

"Semua maklumat yang dipaparkan pada Portal Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ('Portal ini') adalah diterbitkan untuk maklumat am dan pengetahuan sahaja. Maklumat yang dipaparkan di sini adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak lagi tepat selepas tarikh muat naik.

 

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Portal ini, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi dan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa sahaja ganti rugi, termasuk tanpa had, ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak, tort atau dengan cara apa sekalipun selainnya. 

 

Di samping itu, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang anda tanggung, termasuk kerosakan perisian atau perkakasan anda, yang timbul daripada penggunaan anda atau akses kepada Portal ini."

Subcategories