INFO RACUN PEROSAK

Salah satu isu utama bagi mereka yang terlibat dalam perladangan dan pertanian adalah penggunaan racun perosak. Dalam tajuk berita baru-baru ini, telah berlaku penularan serangga bena perang yang telah memusnahkan sejumlah 211 hektar tanaman padi. Kebimbangan yang timbul ini telah mencetuskan perbincangan kemungkinan penggunaan racun perosak secara berlebihan yang bukan sekadar membunuh serangga perosak berbahaya, tetapi juga haiwan lain yang membantu memerangi serangga perosak tersebut. Oleh itu, perkara yang akan dibincangkan di sini adalah berkaitan peraturan dan pengurusan makhluk perosak dalam industri pertanian Malaysia.
 
Di Malaysia, produk racun perosak dinilai dari segi:
  • keberkesanan biologi;
  • kesesuaian untuk keperluan pasaran tempatan;
  • cadangan penggunaan;
  • had risiko terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar; dan
  • kesahan penggunaan, yang dibuktikan dengan pendaftaran atau penolakan pendaftaran.
     
Seperti yang sewajarnya, Lembaga Racun Perosak perlu mendaftarkan racun perosak tertentu bagi membolehkan pengedaran secara sah di Malaysia. Oleh itu, pelbagai penyelidikan dan penilaian produk tersebut telah dibuat sebelum racun perosak tersebut sedia untuk dijual di Malaysia.
 
Antara cabaran utama yang berkaitan dengan kesihatan tumbuhan dan racun perosak adalah gangguan endokrin, kerosakan pembiakan dan perkembangan, neurotoksik, peningkatan kadar morbid dan sebagainya. Di Malaysia, salah satu daripada kebimbangan adalah disebabkan oleh kepelbagaian pendedahan serta kepelbagaian ciri racun perosak, yang menyebabkan kesukaran untuk mendiagnosis penyakit tertentu yang diakibatkan oleh kesan racun perosak. Penyelidikan berterusan perlu dilakukan keatas hubung kait antara penggunaan racun perosak dan kesihatan awam di Malaysia agar keputusan yang memuaskan dapat diperolehi.
 
Buat masa ini, Kod Etika Antarabangsa bagi Pengedaran dan Penggunaan Racun Perosak adalah satu kaedah memastikan peraturan yang sesuai ke atas racun perosak di Malaysia, dan di peringkat global, bagi mengurangkan risiko kerosakan terhadap tanaman dan juga manusia. Seperti yang dinyatakan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), kod ini menjurus kepada "pengurusan yang kukuh ke atas racun perosak dengan tumpuan terhadap pengurangan risiko, perlindungan kesihatan manusia dan alam sekitar, dan sokongan bagi pembangunan pertanian yang mampan secara penggunaan berkesan racun perosak dan penggunaan strategi IPM".

APLIKASI AGRIMATHS, 100 TIP TANAMAN RUJUKAN PETANI

agrimath

SERDANG : Jabatan Pertanian hari ini melancarkan dua aplikasi mudah alih, AgriMaths dan 100 Tip Tanaman sebagai rujukan dan panduan ringkas menjadi petani moden.

Dua aplikasi berkenaan dibangunkan daripada buku Asas Matematik Pertanian yang diterbitkan Jabatan Pertanian sejak 2014. Pelancaran aplikasi di bawah projek e-Pengembangan Pertanian itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, sebentar tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play untuk telefon pintar Android dan App Store (iPhone).

Beliau berkata sejak diperkenalkan April lalu, sebanyak 2,044 pengguna memuat turun aplikasi AgriMaths dan 100 Tip Tanaman (1,289 pengguna).

"Aplikasi AgriMath adalah pemudah cara memulakan tanaman seperti kiraan jumlah biji benih, jarak tanaman, aliran kewangan dan kejuruteraan pertanian.

"Aplikasi 100 Tip Tanaman adalah kaedah pertanian moden menggunakan lima jenis baja cecair Natural Farming (NF) seperti baja organik daripada tulang, kulit telur dan buah-buahan," katanya.

Beliau berkata pada sidang media Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih dan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pertanian, di sini.

Ahmad Zakaria berkata, aplikasi itu dijangka menjadi alternatif kepada orang ramai bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri selain, untuk tujuan komersial.

"Aplikasi ini mudah dan senang dipelajari. Kita berhasrat lebih ramai graduan pertanian dan individu menganggur memanfaatkan aplikasi ini sebagai langkah bergelar usahawan," katanya.

Sumber: BH Online | Oleh Nadia Hamid Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

Subcategories