Nama Tempatan: Lidah jin
Nama Saintifik: Sansevieria trifasciata
Khasiat:
- Meredakan sakit telinga: Daun dipanaskan dan jus yang keluar dititik ke dalam telinga.
- Melegakan bengkak, bisul, lebam dan terseliuh: Batang ditumbuk dan diletakkan di tempat yang bermasalah.
- Merawat sakit gigi: Jus daun yang suam dititik di gigi yang berlubang.
- Melebatkan rambut: Jus daun disapu di kulit kepala.
- Meredakan gatal-gatal: Daun dijadikan ramuan panas untuk rawatan gatal.
RUJUKAN: Musa Yaacob, Azimah Abd. Kadir & Zaharah Hasan. 2009. Tumbuhan Ubatan Popular. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kuala Lumpur, hlm. 66.
|
|